EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Cara Buat Air Penggalak Untuk Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah lebat dan Tahan Penyakit

0 month ago, 25-Jun-2020

Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.

Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Biasanya pokok memang akan hidup cuma masalah yang dihadapi cili tak banyak atau tak lebat dan selain selalu kena serangan serangga.

Kalau nak hasil cili yang lebat selain pokok cili yang ditanam tahan penyakit boleh ikut petua yang dikongsi oleh Izham Alias.

Menurutnya pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit selain lebat cilinya.

Jangan pelik ya sebab bahan utamanya adalah belacan!

Cara buat penggalak tanaman untuk pokok cili

Bahan:

Belacan 100g
Gula molases / gula merah 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) 500 mL
Kuantiti ini jika pokok cili yang ditanam banyak.

Cara buat:

  • Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  • Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  • Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  • Peram selama sebulan.
  • Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara penggunaan:

  • Campurkan 10 mL pati penggalak + 2 L air biasa
  • Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
  • Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.

: Izham Alias

Cara Buat Air Penggalak Untuk Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah lebat dan Tahan Penyakit Vanilla Kismis.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...