www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pengerusi Liverpool yakin EPL musim depan mereka yang punya

0 month ago, 14-May-2019


Liverpool melaungkan amaran awal bakal menjadi pasukan terkuat seterusnya merampas trofi Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City musim depan.

Pengerusi The Reds, Tom Werner percaya skuad kendalian Jurgen Klopp itu berada pada motivasi terbaik selain mengakui mempunyai barisan pemain sedia ada cukup berkualiti.

"Musim ini menjadi musim luar biasa. Musim depan bakal menjadi musim penuh bermakna buat pasukan. Semua orang dah menyaksikan kami menjadi satu-satunya pasukan yang memiliki lebih 90 mata dan menjadi naib juara.

"Kami memang tidak memenangi liga tetapi akan kembali musim depan dengan lebih kuat untuk jadi juara," katanya.

Persaingan liga musim ini menyaksikan persaingan sengit antara Liverpool dan City yang akhirnya trofi liga menjadi milik skuad kendalian Pep Guardiola.

City mengumpul 98 mata untuk sekali lagi ditabalkan selaku juara liga manakala Liverpool yang hanya tewas sekali musim ini, mengumpul 97 mata di kedudukan kedua.

Namun, Liverpool masih mempunyai peluang untuk mendakap trofi kejuaraan musim ini apabila dijadualkan menentang Tottenham Hotspur di pentas final Liga Juara-Juara di Madrid pada 2 Jun depan.

"Ia adalah musim yang ajaib. Tentu sekali kami kecewa kerana gagal memenangi liga tetapi ini adalah musim yang luar biasa dan skuad ini menampilkan persembahan menarik.

"Sokongan padu yang kami terima (ketika kemenangan 4-0 ke atas Barcelona pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara) begitu luar biasa. Saya sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan pertemuan final nanti," ujarnya.

Pengerusi Liverpool yakin EPL musim depan mereka yang punya Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts