EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pengeluaran, penghantaran roti Gardenia seperti biasa [METROTV]

0 month ago, 24-Mar-2020

SYARIKAT pengeluar roti di Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) akan terus menghasil dan menghantar roti serta produk lain selama tujuh hari seminggu termasuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, syarikat itu berkata, penghantaran harian ke pasar raya dan kedai lain akan diteruskan seperti biasa.

Kami menggesa semua pengguna untuk bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian.

ROTI Gardenia yang dijual di sebuah pasar raya. FOTO Asyraf Hamzah.
ROTI Gardenia yang dijual di sebuah pasar raya. FOTO Asyraf Hamzah.

Gardenia sentiasa bersama anda, dan kami ingin meyakinkan anda sedang melakukan yang terbaik, bekerja 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna sekalian, katanya.

Sebelum ini, syarikat itu memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran disebabkan pengeluaran roti di kilang Gardenia kini sudah sampai ke tahap maksimum.

Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk kami di pasaran, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...