www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pengebumian semula jenazah CEO Cradle Fund tangguh

2 month ago, 11-Oct-2018


PETALING JAYA: Jenazah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd yang dijangka akan dikebumikan semula esok ditangguhkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Fadzil Ahmat berkata badah siasat ke atas mayat Nazrin Hassan dilanjutkan.
Jadi kita akan tunggu sehingga ahli patologi selesai bedah siasat, katanya kepada FMT hari ini.
Fadzil tidak dapat memberitahu bila bedah siasat akan selesai.
Nazrin ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya 14 Jun lepas. Kematiannya dikelaskan sebagai kes bunuh pada 3 Ogos selepas siasatan menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Kubur Nazrin digali pada Isnin dan bedah siasat dilakukan pada hari yang sama
FMT


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts