EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PENGAWAL KESELAMATAN DIDAKWA SELUDUP MIGRAN

0 month ago, 20-Nov-2020

KUALA KANGSAR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini, atas tuduhan menyeludup migran di Pengkalan Hulu, Mei lalu.

Tertuduh, Mohd. Basyaruddin Hassan, 42 tahun, bagaimana pun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Menurut pertuduhan, Basyaruddin didakwa menyeludup seorang migran warganegara India, Jaswinder Singh di Kaunter Kawalan Pemeriksaan Keluar, Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, kira-kira jam 3.40 petang pada 20 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (APTISOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosidingnya, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen Malaysia, Siti Ruvinna Mohd. Rawi memohon mahkamah untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177 A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam dan kes akan didengar semula di Mahkamah Tinggi Taiping.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...