EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penganjuran SFMM35 episod ke-3 ditunda

0 month ago, 22-Nov-2020

[DIKEMASKINI] PENGANJURAN hari terakhir Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) ditunda selepas salah seorang penyanyi memaklumkan dia disahkan positif koronavirus (Covid-19), petang tadi.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa seorang artis yang menyertai program SFMM35 yang telah berlangsung sejak 20 November hingga 21 November telah dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Penyanyi terbabit yang membuat persembahan pada 20 November telah menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November 2020 (Selasa) lalu, didapati positif, semalam (21 November).

Artis tersebut terus menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November dan disahkan positif Covid-19 hari ini.

STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis terbabit untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam SFMM35.

Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM.

Sehubungan itu, STMB mengambil langkah untuk menunda siaran langsung SFMM35 episod akhir yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak, ujar STMB.

Tambah STMB, kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.

STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan juga pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.

Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) Covid-19, akhirinya.

Alif Satar menerusi akaun Instagramnya petang tadi memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian semalam.

Bintang serba boleh itu menjadi antara penyanyi kumpulan pertama yang membuat persembahan di SFMM35 menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan, Jumaat lalu.

SFMM35 diadakan tiga malam berturut-turut bermula Jumaat lalu (20 November) di Sri Pentas (SP) 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

30 buah lagu pelbagai genre berentap merebut 12 tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, yang dijangka berlangsung Februari depan.

Post Views: 263





Live Website Traffic


loading...