EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pengalaman 49 hari dalam 'kurungan' di China [METROTV]

0 month ago, 21-Mar-2020

PENGALAMAN berada dalam kurungan selama 49 hari ketika wabak koronavirus baharu (Covid-19) melanda China menjadi kenangan berharga seorang penuntut Malaysia di Shandong selepas melalui sekatan penuh lockdown pihak berkuasa negara itu.

Nur Syahirah Zainal Kamal yang mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di sana berkata, ketika virus itu melanda, penuntut tempatan di sana sudah mula bercuti ketika musim sejuk iaitu pada Tahun Baharu Cina dan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, kawalan ketat pasukan keselamatan menjadikannya tidak dapat bergerak ke mana-mana dan hanya farmasi, pasar raya dan kedai makan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dibuka.

Sesiapa yang keluar perlu memakai penutup mulut dan hidung seperti di dalam undang-undang atau berdepan tindakan. Ada sekatan di setiap pintu masuk rumah, sekolah dan tunjuk pengenalan diri seperti pasport kepada pihak berkuasa.

Sejak pertengahan Januari, sekolah di seluruh China masuk musim cuti sejuk. Pelajar tempatan sudah balik ke kampung masing-masing. Saya pada asalnya tak ada perancangan mahu pulang ke Malaysia dan merancang untuk melancong ke bandar lain, tapi terpaksa batalkan.

Kampus juga sudah dikosongkan, jadi tak ada tempat yang kami boleh pergi, diwajibkan melaporkan suhu badan pada pada waktu pagi dan malam dan kami akur, katanya dalam program Borak Balai Berita yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Nur Syahirah berkata, setiap hari ada petugas asrama yang bertanyakan apakah keperluan dan mereka akan membelikannya dan dia juga berhubung dengan pegawai Malaysia di kedutaan untuk sebarang perkembangan terkini wabak itu.

GAMBAR hiasan. FOTO Reuters
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters

Namun, katanya, dia diserang selsema dan batuk pada penghujung Januari menyebabkannya dikuarantin oleh pihak universiti selama dua minggu sebelum disahkan negatif.

Hukuman yang berat dan kesedaran rakyat di sini menjadikan mereka dapat melawan penularan wabak itu, walaupun mereka terpaksa berkurung lebih daripada dua bulan, ada syarikat bankrap, ada yang hilang kerja, tetapi mereka memberi kerjasama baik.

Media di sini memainkan peranan yang besar kerana menyediakan laporan tepat serta memberikan maklumat kepada orang ramai menyebabkan usaha untuk mencegah wabak ini menjadi lebih terkawal.

Saya sudah mulakan semula kelas menerusi aplikasi online (dalam talian) dan berhubung dengan pensyarah dan institusi pendidikan di China diarahkan untuk membuka kelas secara online walaupun ketika ini masih dalam perintah berkurung, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...