www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pengadil menangkan Liverpool Pengurus Brighton

0 month ago, 13-Jan-2019


PENGURUS Brighton and Holve Albion, Chris Hughton menganggap kekalahan pasukannya berpunca daripada sikap ‘pilih kasih’ yang pengadil memberi kelebihan kepada Liverpool.

Menurut Hughton, pengadil perlawanan, Kevin Friend banyak membuat keputusan yang tidak sepatutnya termasuklah menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool yang dianggap kontroversi, selain kerap meniup wisel apabila pemainnya melakukan kekasaran kecil terhadap pemain lawan.

“Saya tidak ada niat menyalahkan pengadil tetapi dalam perlawanan ini, ia berlangsung tidak seperti yang sepatutnya.

“Ini adalah harinya yang membuatkan saya terpaksa berfikir buruk tentang pengadil. Saya merasakan sebahagian besar keputusan pengadil kali ini hanya menguntungkan Liverpool.

“Pemain-pemain saya telah beraksi cukup baik untuk menyukarkan lawan dalam perlawanan ini. Kalau diikutkan, kami lebih layak mendapat mata dalam perlawanan ini,” katanya.

Tampil di gelanggang sendiri, Brighton terlepas meraih sebarang mata apabila tewas 0-1 hasil penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.

‘Pengadil menangkan Liverpool’ – Pengurus Brighton Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts