EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penerbit buku tampil mohon maaf, tiada niat hina Jata Negara

0 month ago, 30-Jun-2020

Selepas kontroversi muka hadapan buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara, penerbitnya tampil memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung.

Menerusi laporan BH Online, Chong Ton Sin berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara malah tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.
Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.
Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan,katanya.

Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan oleh pihak polis.

Bagi yang tak tahu, artwork yg digunakan sebagai design kulit buku yg didakwa "menghina Jata Negara" sebenarnya sebuah oil painting lama. Pernah dipamerkan dalam sebuah art exhibition yg terbuka pada orang awam di sebuah galeri di KL, 6 tahun dulu masa zaman BN pada tahun 2014. pic.twitter.com/aNbYLubHks

Fahmi Reza (@kuasasiswa) June 29, 2020

Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.
Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,ujarnya.

: BH Online (Nor Azizah Mokhtar) , Fahmi Reza


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...