EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penduduk Sabak Bernam Kecoh Rumah Diketuk Tengah Malam, Ada Pulak Yang Sempat Rakam Gambar Entiti

0 month ago, 22-Nov-2020

Sejak beberapa hari lalu, tular kisah beberapa penduduk kampung di daerah Sabak Bernam diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.

Gangguan itu dipercayai bermula pada waktu malam sehingga awal pagi membabitkan beberapa kampung, antaranya Kg Batu 37, Batu 38, Kg Tengah dan Kg Banting.

Memetik laporan dari Sinar Harian, seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39 berkata, beliau terdengar pintu diketuk kuat pada jam 10.45 malam.

Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas pulang menjual burger.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah,katanya.

Lebih menyeramkan, bunyi itu juga datang dari pintu bilik air rumahnya yang sudah lama tidak digunakan.

Menjengah ke laman Twitter, ramai juga yang berkata mengenai kejadian berkenaan, termasuk video dan beberapa perbualan daripada WhatsApp penduduk disitu.

Kat sabak bernam sekarang tengah kecoh pasal pintu rumah kena ketuk tapi bila bukak takde orang. Katanya 4 taman yang berbeza kena sekali. Taktau la nak kata hantu ke apa tapi tulah. Dia macam tiber je. pic.twitter.com/C74mKbsMmY

anep ???????? ???? (@hanifjamals) November 20, 2020

Aku jumpa kat tiktok ???? . Tf pic.twitter.com/yHoI3cO0LM

She (@sheadnn) November 21, 2020

Dapat dari group FB pic.twitter.com/rlbl5VQSmC

Dictator-Elect Fikrie ???????? (@mhmdfikriie) November 20, 2020

Ekoran daripada kejadian itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat akan melakukan rondaan bermula jam 10 malam hingga 3 pagi dan menasihatkan penduduk agar menghubungi polis jika ternampak sesiapa yang mencurigakan.

kredit era



SUMBER : karteldakwah.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...