EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

28 Penduduk Di Kawasan Kejadian Kepala Air Positif C0VID-19

1 month ago, 25-Aug-2021

Seramai 28 penduduk tinggal di kawasan banjir akibat trgedi kepala air di Yan, pada Rabu lalu disahkan positif C0VID-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, selepas penilaian segera dilakukan pihaknya, terdapat tiga kes dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Sebanyak 10 kes pula dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan C0VID-19 Berisik0 Rendah (PKRC) Sungai Petani untuk pengawasan lebih rapi.

Terdapat 15 kes lain tanpa gejala atau bergejala ringan terus tinggal di rumah masing-masing dan diawasi Pusat Penilaian C0VID-19 (CAC) daerah Yan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Othman berkata, seramai 41 individu pula diletakkan di bawah pengawasan atau Person Under Surveillance (PUS) tinggal di rumah dan diawasi secara bersepadu oleh pasukan pemantauan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa lain dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Yan.

Beliau berkata, apabila berakhirnya operasi mencari dan menyelamat (SAR), saringan ke atas anggota SAR menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) saliva dilakukan PKD Yan, antara 4 petang hingga 7 malam bertempat di Pusat Kawalan Operasi Bncana (PKOB), Titi Hayun, Yan, semalam.

Seramai 275 anggota terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Daerah Yan dan pelbagai agensi penyelamat lain serta pasukan malim gunung menjalani saringan dengan 274 anggota didapati negatif.

Satu sampel menunjukkan keputusan intermediate dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk ujian lanjut dan disahkan negatif, katanya.

Dr Othman berkata, hasil penilaian risik0 oleh PKD Yan mendapati risik0 jngkitan pnyakit bawaan air banjir adalah rendah.

Beliau berkata, tiada Iaporan keracunan makanan atau jngkitan leptospirosis diterima oleh pejabat berkenaan.

Menurutnya, sebagai tindakan pencegahan, PKD Yan mengambil beberapa langkah segera seperti penilaian kesihatan segera terhadap semua pesak!t C0VID-19 dan merujuk pesak!t berkenaan ke PKRC atau hospital.

Kita turut melakukan lawatan ke rumah semua kes C0VID-19 dan PUS bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik dan terus patuh arahan kuarantin.

Kakitangan PKD bersama polis meninjau dan memberi teguran kepada setiap penduduk dan sukarelawan sekiranya mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sehingga semalam, sebanyak 156 rumah dilawati bagi penilaian kesihatan fizikal dan psik0sosial penduduk terbabit banjir dan operasi berkenaan masih diteruskan, katanya. – dipetik dari MYKMU

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...