EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penderma misteri sumbang mesin harga ratusan ribu untuk kesan Covid-19

0 month ago, 27-Mar-2020

Seorang individu berhati mulia menyumbangkan sebuah mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 semalam.

Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.

Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu sekarang dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan virus di daerah sekitarnya.

Penderma misteri sumbang mesin RM148 ribu untuk kesan COVID-19Seorang individu berhati mulia apabila hari ini

Posted by Berita Sibu onThursday, March 26, 2020

Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma, katanya.

: Bernama , Berita Sibu


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...