EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta pada jam 8.30 pagi waktu tempatan ketika sedang menjalani rawatan COVID-19.

Demikian memetik laporan CNN Indonesia dan berita kematian Syekh Ali Jaber, 44, atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber turut dikongsi oleh Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.

Syekh Ali Jaber dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit Yarsi pada keesokan hari.

“Keadaan kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan bertambah baik dan menunjukkan peningkatan positif pada 4 Januari dengan keputusan Covid-19 adalah negatif seperti mana dilaporkan dalam akaun Instagram miliknya, memetik kenyataan dari pihak Yayasan Syeikh Ali.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, gambar beliau tersebar di laman sosial menunjukkan Syekh Ali tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan (ventilator) sebelum dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Pendakwah bebas berketurunan Arab yang popular di aplikasi Instagram, YouTube dan TikTok ini sering muncul di pelbagai stesen televisyen tempatan.

Menyelusuri perjalanan hidupnya, beliau dilahirkan di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976 dan merupakan anak pertama dari 12 adik beradik.

Beliau telah mula menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia 13 tahun, Allahyarham telah diamanahkan menjadi imam masjid di sebuah masjid di kota Madinah.

Mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun, Allahyarham kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang penduduk tempatan, Umi Nadia yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat pada tahun 2008.

Beliau mendapat taraf kewarganegaraan pada 2012 dan menetap di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Di Lombok, beliau terus aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru Al-Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok, NTB, Indonesia.

Menjejaki perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya pada 20 Disember lalu, Allahyarham turut memberi nasihat dan panduan berguna buat pengikut agar terus berwaspada dan mengambil langkah berterusan dalam usaha mengekang serangan pandemik ini.

Sesungguhnya, segala nasihat dan tunjuk ajar Allahyarham akan terus tersemat di dada masyarakat Islam dan menjadi panduan masa akan datang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhadah.

Al Fatihah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...