EdisiViral.Com Search Guest Post Login

2 pendaki maut di The Remarkables

0 month ago, 07-Nov-2019

WELLINGTON: Dua lelaki dari Australia maut akibat kemalangan ketika mendaki berhampiran bandar Queenstown di South Island, kata Polis New Zealand, hari ini.

Polis berkata, Brett Alexander Lentfer, 62, dan James Harry Spaile, 44, terbunuh selepas terjatuh dari tebing, tengah hari semalam.

Lentfer adalah penduduk tetap Australia sementara Spaile warga negara itu.

Menurut polis, mereka mendaki di kawasan pergunungan The Remarkables yang dikenali sebagai Grand Traverse.

Grand Traverse adalah kawasan curam yang dianggap antara laluan terbaik di negara itu untuk pendaki yang berpengalaman mendaki gunung. Ia mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 jam untuk melengkapkan perjalanan.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua pendaki terbabit mengikat diri masing-masing pada tali yang sama dan melakukan aktiviti berkenaan bersama seorang jurupandu.

Mayat mangsa pertama ditemui semalam manakala seorang lagi dijumpai hari ini, kata polis.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...