EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gara-Gara Tak Tahu Nak Guna, Pencuri Terpaksa Pulangkan Semula Telefon

0 month ago, 10-Sep-2020

Seorang lelaki yang kehilangan telefon bimbitnya di sebuah kedai berjaya menemui kembali beberapa hari kemudian apabila individu yang mencurinya memulangkan semula kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya.

Memetik laporan Hindustan Times, lelaki berkenaan tidak sengaja meninggalkan telefon bimbit miliknya bernilai Rs 45,000 (RM2,550) kaunter sebuah kedai manisan yang terletak di Jamalpur, daerah Burdwan Timur pada 4 September lalu.

Melihatkan telefon berkenaan hanya terbiar sahaja, seorang individu kemudian mengambil telefon bimbit tersebut.

Pemilik telefon itu kemudian membuat laporan polis selepas menyedari telefon bimbitnya hilang. Dia kemudian cuba menghubungi telefon berkenaan menggunakan telefon lain namun ianaya dimatikan.

Namun selepas beberapa hari dia cuba menghubungi telefonnya sekali lagi dan pencuri tersebut menjawab serta memberitahu dia ingin memulangkan semula telefon berkenaan kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya.

Saya terkejut ketika lelaki itu menjawab panggilan dan mengatakan bahawa dia ingin mengembalikan telefon saya.

Saya mengambil telefon bimbit itu dari kediamannya dengan bantuan polis. Dia juga amat menyesal atas perbuatannya itu, kata pemilik telefon bimbit itu.

Difahamkan, pihak polis tidak menahan lelaki itu atas permintaan pemilik telefon berkenaan memandangkan dia telah memulangkan semula barang yang dicuri.


SUMBER : gulapop.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...