EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PENCURI TABUNG MASJID DITABUR KAPUR BARUS, DIMANDIKAN SEPERTI JENAZAH

0 month ago, 12-Jan-2022

KUALA LUMPUR: Tular video berdurasi satu minit 25 saat menunjukkan seorang lelaki dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Berdasarkan laporan media, tindakan itu dipercayai akibat lelaki berkenaan didakwa mencuri duit tabung masjid.

Dalam video itu, pemuda terbabit dilumurkan dengan kapur berus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.

Video berkenaan juga menunjukkan lelaki itu cuba melarikan diri namun dihalang beberapa individu yang berada di tempat kejadian.

Setakat ini belum dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut berlaku.

Video kejadian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Antara komen warganet tindakan itu disokong bagi memberi kesedaran kepada pesalah namun ada yang berpandangan ia mengaibkan. –AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...