EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pencarum KWSP boleh keluar RM500, bayaran PTPTN tangguh sampai September

0 month ago, 23-Mar-2020

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media mengumumkan beberapa inisiatif dalam menangani Covid-19 yang boleh kerajaan bantu kepada rakyat Malaysia.

Antara inisiatif tersebut adalah membenarkan agar setiap pencarum KWSP untuk mengeluarkan RM500 sebulan daripada akaun kedua.

Pencarum tersebut mestilah berusia 55 tahun kebawah dan mencarum KWSP.

Selain itu juga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga turut memberikan penangguhan bayaran kepada para peminjam sehingga September 2020.

Perkara ini berikutan ramai pekerja baik swasta mahupun kerajaan yang terpaksa bercuti sementara bagi mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Beberapa lagi insiatif telah dijelaskan oleh PM didalam sidang media tersebut sebagai langkah pelan ekonomi negara ketika Covid-19 sedang melanda.

[LIVE] Sidang media oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Sunday, March 22, 2020

Sehubungan dengan itu, beliau turut kembali berpesan agar semua rakyat Malaysia agar terus duduk di rumah dan patuh kepada arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan sedang berlangsung.

: Berita Harian


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...