EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Penampakan anak anjing laut albino di Rusia, paling unik jarang berlaku hingga ahli biologi gelarnya Ugly Duckling

0 month ago, 16-Sep-2020

Anak anjing laut yang unik berwarna oren cerah ini telah menarik perhatian pakar haiwan dan pencinta haiwan.

Seorang ahli biologi mamalia laut, Vladimir Burkanov telah berkongsi rakaman video di Instagram dan beberapa gambar yang diambilnya di Pulau Tyuleny di Rusia menunjukkan kelibat seekor anak anjing laut albino yang jarang berlaku.

Dalam gambar yang dirakam bersama kumpulan anjing laut lain yang berwarna coklat gelap, anak anjing laut berwarna oren kelihatan sangat menonjol, mengayunkan kaki siripnya yang berwarna cerah dan duduk di sebelah anak-anak anjing laut lain.

Facebook

Anak anjing unik ini digelar 'Ugly Duckling' oleh Vladimir.

Itik hodoh - anjing laut berbulu albino yang jarang berlaku, kelihatan lebih merah daripada putih. Ini adalah albino yang jelas tanpa pigmentasi bahkan di matanya, kapsyen Vladimir Burkanov dalam Instagram.

Facebook

Vladimir Burkanov turut berkongsi maklumat mengenai kes serupa anak anjing laut albino berusia kira-kira 2 atau 3 tahun, yang diambil oleh rakan sekerjanya, Sergey Fomin di Pulau Bering pada tahun 2017.

Kejadian kelahiran anjing laut albino amat jarang berlaku, adalah sekitar 1 dalam 100,000 kebarangkalian dengan rupanya yang menyerlah dan berlainan memungkinkan dia berisiko ditolak atau dipulaukan oleh anjing laut lain yang normal.

Vladimir berkata anjing laut albino itu bagaimanapun, dilihat tidak disisihkan sepenuhnya dalam kawanan spesies anjing laut lain.

"Anak anjing laut ini kelihatan sihat dan sangat aktif, jadi ibunya dengan jelas menyusukannya dan dia juga tidak dikejar, digigit atau diganggu oleh anjing laut lain, kata Vladimir Burkanov kepada Daily Mail.

Facebook

Ahli biologi itu menambah bahawa pakar haiwan sedang mengawasi anjing laut albino berkenaan dan merancang untuk campur tangan sekiranya anjing laut unik jarang ditemui itu disisih atau dipulaukan oleh spesiesnya sendiri, juga ketika dia memerlukan rawatan atau jagaan kesihatan.

Tonton video di bawah:

Penampakan anak anjing laut albino di Rusia, paling unik jarang berlaku hingga ahli biologi gelarnya Ugly Duckling Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...