EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Penambakan yang menyebabkan kemusnahan ekosistem & mata pencarian nelayan Pulau Pinang

1 month ago, 14-Aug-2019


Kami, masyarakat nelayan Pulau Pinang, meluahkan kegusaran kami sekiranya projek tambakan laut  Butterworth Waterfront, yang bermula dari pesisir pantai Butterworth hingga ke pesisir pantai Teluk Ayer Tawar yang sepanjang 8 km dengan kelebaran 854 meter, dilaksanakan.

Ini akan menyebabkan kemusnahan ekosistem termasuk satu-satuanya hutan paya bakau api-api di pantai barat utara semenanjung Malaysia dan kawasan burung hijrah di Teluk Ayer Tawar. Mata pencarian nelayan bergantung pada perlindungan ekosistem hutan paya bakau yang mana amat penting untuk pembiakan hidupan laut.



Projek tambakan laut STP2 yang sedang dilaksanakan di pantai Tanjung Tokong dan Gurney Drive telah merosakkan kualiti air dari selat Pulau Pinang sampai ke Teluk Bahang, termasuklah kawasan pantai pelancongan di Batu Feringgi.  Tambakan laut STP2 ini juga membawa kesan yang amat buruk kepada kawasan perikanan nelayan di Butterworth, sehingga ikan kembung (atau pelaling) sudah terancam. Ikan kembung adalah spesis yang diklasifikasikan sebagai ikan rakyat oleh LKIM.

Ada banyak lagi isu-isu daripada penambakan BORR dari tahun 2003 lagi, yang masih belum diselasaikan sehingga hari ini seperti:

a)    Pampasan kepada nelayan yang belum lengkap dibayar sejak tahun 2009.

b)    Janji penempatan kekal nelayan Butterworth yang terdiri daripada kuarter dan jeti nelayan yang belum ditunaikan.

c)    Terdapat juga isu berkaitan dengan tapak sementara yang sepatutnya diserahkan kepada nelayan yang terbabit, tetapi tapak tersebut telah menjadi milik syarikat-syarikat yang tidak berkenaan, yang mana telah membina restoran-restoran atas tapak tersebut.

d)     Kemorosotan air laut sudah merosot dengan pemendapan selut dan keladak

e)     Kerosakan jala kerana serpihan yang tertinggal di bawah air

Penambakkan pesisiran pantai Butterworth akan menjejaskan pantai Bagan Ajam dan perkampungan warisan yang sudah terkenal sebagai tarikan pelancong.

Dengan ini kami mengambil pendirian kami untuk momohon pihak berkuasa dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya membatalkan projek tambakan Butterworth dan pada masa yang sama kami juga menggesa Kerajaan negeri mencari alternatif yang lain untuk membiayai kos BORR.

Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai

Persatuan Nelayan Unit Butterworth

Persatuan Nelayan Unit Bagan Ajam

Unit Teluk Ayer Tawar

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com