EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pemuda pakai baju bersalin dah bebas Covid-19, selamat tinggal pusat kuarantin!

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Umum mengetahui kes positif Covid-19 semakin meningkat sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang dikatakan terlalu padat dan tidak teratur.

Namun, seorang pengguna Twitter bernama @RaffilJamir memuat naik ciapan berkongsi mengenai kisah sebenar untuk menyangkal dakwaan tersebut.

Banyak sangat tweet about how bad is the treatment di pusat kuarantin Maeps Serdang.

me make it short.

Food 4/5
Toilet 4/5
Frontliners treatment 4/5
Aircond 24/7
Tempat berasap disediakan

Syarat penting kat sini jangan minta ubat. Kalau tak kena extend ????

Sekian. pic.twitter.com/QdJGOzuL6U

????????Raff (@RaffilJamir) January 9, 2021

Pemuda berusia 27 tahun itu turut mengundang perhatian ramai apabila mengenakan pakaian ibu bersalin hospital kerajaan sepanjang menerima rawatan di pusat terbabit.

Terbaru, dia berkongsi satu berita gembira di laman Twitter mengenai dirinya yang kini sudah bebas Covid-19 dan boleh pulang ke rumah.

I am proud to say that I am an ex covid patient. I survived,and you can too. Raffil Jamir bed no E39,signing off! ???????????? pic.twitter.com/XfxZuBqypJ

????????Raff (@RaffilJamir) January 12, 2021

Pereka dalaman itu juga sempat memberi kata-kata semangat kepada pesakit yang lain untuk terus kuat malah percaya semua orang mampu melakukannya.

Bangga saya mengatakan saya bekas pesakit Covid-19. Saya berjaya dan awak semua pasti boleh. Raffil Jamir katil nombor E39, selamat tinggal!, tulisnya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan ada juga yang sempat berseloroh mengucapkan selamat berpantang kerana berpakaian polkadot merah jambu itu.

Wah, sempat lagi masing-masing bergurau ye. Syukur alhamdulillah, semoga dijauhkan daripada segala penyakit selepas ini. Amin.

: Twitter Raffil Jamir



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...