www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pemuda UMNO Pahang Buat Laporan Polis Siasat Politik Wang

0 month ago, 13-Jan-2019


TANAH RATA, 13 Jan – Pemuda UMNO Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan tersebarnya gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.

Ketuanya Mohd. Farid Mohd Nor berkata, SPRM harus menyiasat perkara ini segera memandangkan ia adalah satu kesalahan mengikut akta pilihan raya.

“Kami harap perkara ini disiasat segera malah kami tuntut agar tindakan diambil ke atas calon PH iaitu dengan membatalkan pencalonannya dalam PRK ini.

“Kami syaki dan percaya pengagihan wang tersebut adalah bertujuan untuk memancing undi.

“Walaupun PH telah menjawab kononnya ia adalah pembayaran petrol untuk sukarelawan mereka tetapi sy yakin ia hanyalah bersifat penafian kerana gambar tersebut telah viral,” ujar beliau kepada pihak media selepas membuat laporan di pejabat operasi SPRM di CH Merlin Hotel di di sini, hari ini.

Tambah Farid, PH perlu sedar bahawa PRK Cameron Highlands ini diadakan kerana mereka yang membuat petisyen bantahan kononnya calon BN ketika itu Datuk C. Sivarajh telah melakukan kesalahan di bawah akta pilihan raya menganjurkan kenduri demi mendapatkan sokongan.

“Mereka sendiri yang buat petisyen… sekarang sudah ada bukti mereka yang langgar akta pilihan raya. Maka silalah tarik diri atau SPR perlu batalkan pencalonan calon PH,” tegas beliau.

Beliau turut membidas kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti pemegang akaun Facebook dan individu yang terlibat dalam gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti politik di dalam media sosial.

Katanya, siasatan harus dilakukan terhadap dakwaan gambar yang viral dan bukannya mereka yang menyebarkan gambar tersebut.

“Amat pelik dalam Malaysia baru ini. Kenapa perlu siasat orang yang sebar. Yang sepatutnya disiasat adalah dakwaan berkaitan gambar itu,” bidas beliau. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts