www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pemuda maut langgar kuda

0 month ago, 17-May-2019


KUALA LIPIS: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor kuda di Kilometer (KM) 89 Jalan Lipis- Merapoh, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh dekat Lipis.

Kejadian jam 9.40 malam tadi itu mengakibatkan Muhamad Shukri Che Aris, 22, beralamat di Kampung Persit Merapoh, Gua Musang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azly Mohd Noor, berkata mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125ZR dari arah Lipis ke Merapoh sebelum terlanggar kuda itu yang dikatakan muncul secara tiba-tiba.

Mangsa dipercayai tidak nampak kuda di atas jalan kerana keadaan gelap dan melanggar haiwan itu.





Image result for maut langgar kudaAkibat rempuhan itu, mangsa terpelanting beberapa meter sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kuda padi berkenaan juga mati akibat rempuhan itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa tidak memakai topi keledar.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forenik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. Kita juga sedang mengesan pemilik kuda itu untuk membantu siasatan, katanya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts