www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Peminjam PTPTN mungkin dihalang ke luar negara

0 month ago, 16-Mar-2019


WAN Saiful Wan Jan merasmikan Program Jom Sambung Belajar 2019ARAU 16 Mac – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan semula dasar menyenaraihitamkan peminjam yang gagal membayar hutang ke luar negara.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara tersebut antara cadangan yang mungkin boleh dipertimbang dan dibincangkan dalam dasar dan mekanisme baharu yang bakal diperkenalkan agensi tersebut selepas ini.




Katanya, mekanisme atau dasar baharu mengenai pembayaran pinjaman PTPTN itu akan dibentangkan pada bulan depan dengan tujuan mendapatkan maklum balas dari masyarakat.

Pada masa ini, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, pihaknya masih mengguna pakai dasar sedia ada.

Selepas mekanisme baharu sebelum ini dipertikai rakyat, kita mengambil peluang untuk mengkaji semula secara terperinci bagi mengurangkan tekanan peminjam.

Ada pelbagai cadangan yang mungkin boleh dipertimbang dan dibincangkan, termasuklah dasar menyenaraihitamkan peminjam ke luar negara bagi yang gagal membayar balik pinjaman, katanya selepas merasmikan Program Jom Sambung Belajar 2019 di Kolej Vokasional di sini, hari ini.





Sementara itu, Wan Saiful berkata, PTPTN masih mempunyai dana mencukupi bagi menawarkan pinjaman kepada pemohon baharu yang bakal menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

Dalam masa sama, Wan Saiful sekali lagi menyeru kepada para peminjam supaya membayar hutang bagi memudahkan sumber berkenaan disalurkan pula kepada pemohon baharu.

Katanya, setiap tahun, pihaknya memperuntukkan antara RM3 hingga RM3.5 bilion dengan keupayaan menawarkan pinjaman kepada hampir 190,000 pelajar yang memohon.

Sebagai sebuah institusi yang menawarkan pinjaman, ia bertanggungjawab memastikan semua pelajar dapat menyambung pelajaran tanpa menghadapi masalah kewangan.

PTPTN masih mempunyai dana yang mencukupi kerana pinjaman terbabit dijamin kerajaan dan tidak timbul isu kita mampu atau sebaliknya. Apa yang perlu difikirkan, sejauh mana kerajaan mampu menanggung hutang termasuk yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Kita berkeyakinan bahawa semua pemohon yang berkelayakan akan dapat menerima pinjaman mengikut kelayakan masing-masing, katanya.- UTUSAN






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts