EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peminat Terhibur Cara Layanan Jururawat, Aedy Ashraf Fobia Jarum Rupanya!

0 month ago, 07-Jun-2021

Pelakon Aedy Ashraf tampil mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik sebuah video di laman Instagramnya yang memaparkan gelagatnya mendapatkan vaksin COVID-19, baru-baru ini.

Ujar Aedy, dia sebenarnya fobia kepada jarum suntikan namun tidak sekali-kali menjadi seorang antivaksin.

Advertisement

Turut menarik perhatian, jururawat yang mengendalikan vaksin tersebut turut dipuji kerana pandai menenangkan Aedy yang kelihatan gementar ketika proses suntikan vaksin itu berlangsung.

“Sebab takut jarum je. Tapi yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Kepada yang takut jarum juga tu aku faham perasaan korang, but don’t worry, jarum dia pakai tu halus je geng, tak rasa pun..”

Manakala jururawat yang bertugas ada bertanyakan Aedy agar pelakon Budak Tebing itu lebih tenang dan tidak gemuruh ketika suntikan dilakukan.

View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Advertisement

“Selain daripada berlakon, menyanyi pandai tak. Tau tak hari ni sebenarnya hari lapar, hari ni awak makan apa?” seloroh jururawat tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial Aedy memuji cara jururawat yang berjaya mengalihkan perhatian Aedy.

Sekadar info, fobia dan mempunyai perasaan takut kepada jarum diistilahkan sebagai trypanophobia di mana seseorang itu cemas dan takut melampau apabila dikehendaki membuat sesuatu yang melibatkan penggunaan jarum.

Peminat Terhibur Cara Layanan Jururawat, Aedy Ashraf Fobia Jarum Rupanya! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...