EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peminat tegur Ain Edruce menari terkinja2, risau bayi dalam kandungan

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Siapa yang tidak mengenali pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce yang sentiasa berperwatakan ceria dan menghiburkan penonton.

Baru-baru ini, pelakon berusia 30 tahun yang sedang hamil itu memuat naik satu rakaman video ketika sedang menari dan berjoget di aplikasi TikTok miliknya.

@ainedruce91

Bukan main eh mak buyong. ????

? Buss It Erica Banks

Bukan main eh mak buyong, tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan baby bump Ain yang sudah berusia lebih lima bulan. Namun dia aktif dan cergas seperti biasa malah, masih boleh menari dan berjoget menghiburkan peminat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menasihati supaya Ain sentiasa berhati-hati dan mengelakkan melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungannya.

Terdahulu, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

: TikTok Ain Edruce



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...