EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peminat Mendoakan Yang Baik-Baik, Penampilan Fazura Cvri Tumpuan

0 month ago, 08-Jun-2021

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengundang persoalan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berhijrah.

Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mendoakan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhijab sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai hijab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Cantik! Tak puas tengok

Sukanya tengok dia bertudung

Moga istiqamah!

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan.

: https://ohmymedia.cc/tak-puas-tengok-dah-berhijab-peminat-doakan-fazura-istiqamah/

Artikel Sebelum ini

Tak Ada Dar4h Campuran, Fazura Wanita Melayu Paling Cantik

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat IG Live bagi mempromosikan produk kecantikan keluarannya. Tampil simple dengan kemeja dan selendang hitam, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikannya itu.

Malah, di laman Twitter tular video Fazura bercakap di IG Live tersebut. Meskipun mengetahui pelakon itu sememangnya cantik, namun rata-rata mereka tidak berhenti memuji kecantikan semula jadi Fazura.

Kata netizen lagi, Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 37 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan.

:https://www.rotikaya.com/tak-ada-darah-campuran-fazura-wanita-melayu-paling-cantik/.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...