EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pemimpin Daish di Marawi tumpas

34 month ago, 16-Oct-2017

PIHAK berkuasa Filipina melaporkan kedudukan pengganas di Marawi berjaya dilumpuhkan dengan terbunuhnya dua pemimpin Daish iaitu Ispilon Hapilon dan Omar Maute dalam pertempuran, hari ini.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan pasukan keselamatan negara itu, pihaknya hanya menunggu masa sesuai untuk mengisytiharkan Marawi bebas daripada ancaman pengganas Daish yang didalangi Kumpulan Abu Sayyaf dan Maute.

Katanya, tindakan seterusnya akan menumpukan kepada operasi pembersihan bagi membolehkan kerja pembinaan dan pembangunan semula dilaksanakan di Marawi selepas bandar di selatan Filipina itu musnah dalam pertempuran sebelum ini.

"Saya pasti kematian Hapilon dan Omar adalah halangan terakhir yang berjaya dimusnahkan. Krisis Marawi akan berakhir dalam masa terdekat dan kita mahu baki pengganas membebaskan tahanan yang masih ada," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut melaporkan 824 pengganas berjaya dibunuh dalam tempoh 147 hari pertempuran di Marawi termasuk dua pemimpin Daish yang terbunuh awal pagi tadi.

Sebanyak 837 senjata api turut dilaporkan ditemui, manakala 1,771 tawanan diselamatkan termasuk 20 yang diselamatkan dalam pertempuran semalam hingga awal pagi tadi.

Laporan itu turut menyatakan 162 anggota keselamatan kerajaan Filipina terkorban dalam pertempuran yang tercetus sejak Mei lalu, manakala lebih 1,000 anggota dilaporkan cedera dalam usaha membebaskan Marawi daripada pengganas.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...