EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pemidato Sebagai Ejen Penyampai Maklumat

6 month ago, 14-Jan-2020

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS Pemidato yang berjaya dicungkil bakat mereka menerusi Pertandingan Pidato Gema Wawasan adalah ejen penyampai maklumat kerajaan negeri kepada rakyat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, To Puan Hajah Zarani Othman berkata pertandingan tersebut bukan sekadar melaksanakan program tetapi akan ditonjolkan diprogram ceramah.

Bukan sahaja juara atau naib juara tetapi setiap peserta adalah ejen, sebagai penyampai produk produk kerajaan negeri agar setiap apa yang dilaksanakan diketahui oleh setiap rakyat, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato Gema Wawasan 2019 yang berlangsung di Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang peringkat awalnya diadakan di Dewan Undangan Negeri(DUN) seterusnya kawasan dan seramai 16 peserta-peserta yang mewakili kawasan masing-masing untuk kategori Muslimat dan Ameerah telah berentap.

Hajah Zarani turut menyeru agar penceramah yang berhadapan dengan rakyat tiga dasar, pertama menerang bukan menyerang.

Keduanya menjinak bukan meliarkan dan yang ketiga ialah mendidik bukan menghukum. Ini perkara dasar yang mesti ada pada kita insya-allah., jelasnya lagi.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...