EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pemergian Yang Dicemburui, Meninggal Semasa Sedang Solat Di Masjid

0 month ago, 10-Sep-2020

Sesungguhnya manusia yang menemui ajal ketika sedang melakukan solat, berada di dalam majlis ilmu, sedang mendengar khutbah dan sebagainya, merupakan di antara contoh-contoh kematian yang dicemburui.

Seorang warga emas, Abdul Latif Salleh berusia 75 tahun meninggal dunia ketika sedang solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra, Kajang malam tadi.

Pengerusi Masjid, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, ketika kejadian, Abdul Latif Salleh tiba-tiba jatuh ketika sedang solat.

Arwah seorang jemaah tegar Masjid Bandar Seri Putra dan setiap waktu akan datang berjemaah ke masjid ini dengan menunggang motosikal.

Dia tiba-tiba jatuh ketika dalam rakaat kedua sebelum masuk rakaat ketiga waktu solat Isyak malam tadi.

Ketika itu arwah solat di saf kedua dalam keadaan ikut prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal dan cara kematian ini amat baik, ketika solat berjemaah di masjid. Arwah ketika itu sedang berdiri sebelum jatuh di rakaat kedua dan terus tidak sedarkan diri selain cuba diberi bantuan pernafasan.

Menurut pengerusi masjid itu lagi, pihak masjid kemudiannya menghubungi ambulans yang membawa arwah ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

"Langit kirmizi menghantar dirimu..menuju jalan pulang..hari-hari indah bersama.."Haji Abdul Latif, 75 tahun, jemaah…

Posted by Masjid Bandar Seri Putra, Bangi on Rabu, 9 September 2020

: Berita Harian , Masjid Bandar Seri Putra

Pemergian Yang Dicemburui, Meninggal Semasa Sedang Solat Di Masjid Bawang Rangers.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...