EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat DG Hisham

0 month ago, 24-Nov-2021

Yang dulunya penurunan kes aktif konsisten selama 10 minggu, kini telah menunjukkan peningkatan kembali selepas lima minggu pembukaan rentas negeri dibuka semula.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat melalui kemasukan fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit berkategori tiga hingga lima.

Advertisement

Kebanyakkan indikator utama jangkitan COVID-19 menurun kecuali kes aktif yang meningkat empat peratus.

Beliau turut berkata, purata kes aktif meningkat sebanyak 6.0 peratus daripada 62,224 kes kepada 65,722 kes sepanjang tempoh 14 hingga 20 November manakala, kes kematian konsisten menunjukkan penurunan 7.5 peratus dari 375 kematian kepada 347 kematian.

Bercakap tentang kluster, beliau memberitahu terdapat 5,878 kluster dilaporkan dan hanya 240 kluster yang kini masih aktif sekali gus penurunan sebanyak 13.7 peratus.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 yang berlaku dalam negara.

Khairy Jamaluddin
1 hari lalu

Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes COVID-19, KKM Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat DG Hisham first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...