EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PEMBENTANGAN BAJET 2023 BUKAN SIA-SIA, WALAUPUN SEKIRANYA PARLIMEN DIBUBAR

1 month ago, 07-Oct-2022

Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2023 hari ini bukanlah sia-sia walaupun sekiranya Parlimen dibubarkan kerana ia menumpukan kepada hala tuju masa depan negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Laporan ekonomi menjelaskan tentang kedudukan kita pada hari ini dan hala tuju kitapada masa depan dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sebagai contoh, defisit fiskal dijangka berada pada5.8 peratus daripada KDNK bagi2022 dan terus berkurangan kepada5.5 peratus daripada KDNK pada2023, katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang relevannya pembentangan belanjawan tersebut di tengah-tengah desus desas mengenai pembubaran Parlimen. 

Sebelum ini, pada 1999, Parliamen dibubarkan selepas belanjawan dibentangkan. Selepas pilihan raya, belanjawan dibentangkan semula kepada Kabinet.

Selain itu, katanya, Bajet 2023 juga akan memperkukuh pemulihan dan daya tahan ekonomi serta melaksanakan pembaharuan menyeluruh melalui pendekatan kerajaan iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis.

Pada pandangan saya, bajet ini dari Keluarga Malaysia kepada Keluarga Malaysia yang telah mengambil kira pandangan segenap lapisan pemegang kepentingan, katanya.

Tengku Zafrul berkata lebih 200 sesi libat urus bersama kerajaan negeri, kementerian dan sektor berkepentingan telah dilaksanakan dengan lebih 250 memorandum diterima dan 12,000 cadangan diterima dari masyarakat.

Pembaharuan ekonomi yang ditekankan dalam Bajet 2023 menyasarkan semua rakyat Malaysia mendapat impak dan manfaat lebih besar sertamembuka peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik, katanya.

Mengulas lanjut mengenai ekonomi dunia, beliau berkata, belanjawan seterusnya akan memberikan tumpuan kepada isu-isu yang dapat menangani kelembapan ekonomi global yang dijangka berlaku tahun depan. 

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga telah menurunkan unjuranmereka bagi2023 berikutan jangkaan ekonomi dunia yang agak mencabar pada tahun depanberbanding tahun ini.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...