EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pembayaran tol PLUS boleh dibuat melalui kad debit, kredit dan e-dompet TnG pada penghujung 2019

0 month ago, 14-Aug-2019

Sekarang ini mungkin ada beberapa pengguna yang mengadu terhadap tiada lagi tambah nilai pada tol keluar. Kini, berita baik buat pengguna tol PLUS, menjelang akhir tahun ini PLUS menaik taraf pelbagai jenis pembayaran di tol.

Dengan itu, pengguna tol PLUS tidak perlu risau sekiranya baki tidak cukup dan tidak perlu bersusah payah untuk pergi tambah nilai kad Touch’nGo kerana PLUS akan perkenalkan pembayaran kad kredit, kad debit dan melalui e-dompet TnG terus ke RFID PLUS.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata inisiatif terbaru ini boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol dan mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi kerana terlupa untuk menambah nilai.

Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayarandengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,tambahnya.

()

Pembayaran tol PLUS boleh dibuat melalui kad debit, kredit dan e-dompet TnG pada penghujung 2019 TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com