www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pemandangan dari udara menunjukkan keajaiban sebuah rumah seolah tidak terusik di tengah kemusnahan laluan puting beliung

0 month ago, 16-Mar-2019


Satu rakaman video dan gambar pandangan udara melalui drone menunjukkan sebuah rumah dengan penuh keajaiban masih tersergam dalam keadaan yang baik, sungguhpun kemusnahan di kawasan sekelilingnya amat dahsyat akibat dilanda puting beliung pada 3 Mac lalu di Alabama. Puting beliung di Alabama dengan kelajuan 274 kilometer sejam itu telah mengorbankan 23 orang mangsa di Alabama dan Georgia, Amerika Syarikat.

Sebuah rumah bertuah dan ajaib di Georgia dilihat seperti tidak diusik oleh laluan puting beliung walaupun kemusnahan di kawasan sekelilingnya amat dahsyat.

Matt Gillespie

Rakaman dari udara melalui drone menunjukkan rumah ini masih berada dalam keadaan yang sempurna, walaupun kemusnahan besar akibat puting puting itu dilihat amat luas dan mengerikan.

Matt Gillespie

Rakaman video dari Drone ini telah diambil oleh jurugambar Matt Gillespie di Ellersie, Georgia.

Matt Gillespie

Matt berkongsi di Facebook dengan kapsyen , "Amat menakjubkan bagaimana rumah ini masih kekal utuh dan bersyukur kepada Tuhan, kesemua penghuninya berada dalam keadaan yang baik."

Matt Gillespie

Rumah ini betul-betul berada di tengah laluan puting beliung yang amat kuat dan dahsyat. Kelihatan kesemua akar pokok-pokok yang mengelilingi rumah ini telah tercabut dengan kesemuanya telah rebah ke bumi dan mencium tanah.

Matt Gillespie

Sementara terdapat rumah di kawasan berdekatan sama ada telah musnah keseluruhannya atau separuh musnah dan rosak teruk.

Matt Gillespie

Matt melihat rumah ini dari jarak dekat dan mendapati terdapat sedikit kerosakan pada bumbung dan panelnya.

Matt Gillespie

Puting beliung yang melanda Alabama dan Georgia pada 3 Mac telah mengorbankan 23 orang, termasuk 10 orang dalam satu keluarga yang sama.

Matt Gillespie

Dengan kelajuan 274 kilometer sejam, ia menjadi antara bencana puting beliung terdahsyat dan membawa kerosakan besar di Amerika Syarikat dalam masa 6 tahun.

Matt Gillespie

Amaran puting beliung pada hari malapetaka itu melanda hanya diberitahu dalam masa 12 minit sebelum angin kencang yang amat kuat telah menyapu dan menerbangkan kesemua rumah, kenderaan, binatang ternakan, tumbuhan dan pokok serta apa sahaja yang berada di laluannya.

Matt Gillespie

Richard Tate sedang berada di rumah bersama isterinya semasa puting beliung melanda dan struktur rumah telah runtuh dan menghempap mereka.

AP

Puting beliung kategori F4 tersebut telah membawa pergi keseluruhan rumah Cindy Sanford yang kini hanya tinggal lantai. Nenek ini sempat menyelamatkan diri bersama cucunya dan kini mendapat perlindungan di sebuah gereja berdekatan.

AP

Mangsa yang terlibat telah kembali ke lokasi rumah masing-masing untuk melihat kemusnahan dan kerosakan. Pekerja pembinaan dan jentera telah dikerah ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa seperti Kayla Causey ini yang sedang mencari barang-barang berharganya yang masih tinggal.

AP

Serpihan dari rumah di Beauregard, Alabama yang bertaburan selepas puting beliung yang dahsyat telah menerbangkan sebahagiaan dari rumah ini ke tempat lain.

AP

Kerja-kerja pembersihan dijangka mengambil masa selama berminggu-minggu untuk diselesaikan.

AP

Pandangan dari udara menunjukkan kemusnahan harta benda yang amat teruk di Beauregard, Alabama.

AP

: Daily Mail

 

 

Pemandangan dari udara menunjukkan keajaiban sebuah rumah seolah tidak terusik di tengah kemusnahan laluan puting beliung Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts