EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

10 Pemain Terbaik EPL Dari Negara Scandinavia

0 month ago, 04-Apr-2021

Pemain-pemain dari negara Scandinavia seperti Denmark, Norway dan Sweden telah pun memeriahkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak sekian lama.

Martin Odegaard yang mempamerkan aksi positif sejak menyertai Arsenal secara pinjaman menjadi pemain terbaharu dari wilayah utara Eropah tersebut yang berpeluang untuk mencipta nama dalam kancah bola sepak England.

Berikut adalah 10 pemain EPL terbaik dari negara Scandinavia yang menjadi pilihan Semuanya BOLA berdasarkan impak yang dijelmakan serta koleksi kejuaraan yang dimenangi oleh mereka:

10. Zlatan Ibrahimovic

Walaupun kariernya di England hanya dalam tempoh yang agak singkat, namun tidak adil rasanya untuk mengetepikan penyerang veteren Sweden ini dari senarai selepas kejayaannya menjulang Liga Europa, Piala EFL dan Perisai Komuniti sewaktu beraksi untuk Manchester United.

Ibrahimovic telah merekodkan 29 gol serta 10 bantuan jaringan dalam 53 perlawanan. Jika tidak kerana kecederaan serius ligamen anterior cruciate (ACL) yang dialaminya, sudah tentu beliau mampu meraih pencapaian yang jauh lebih baik.

Zlatan Ibrahimovic appears to take swipe at Arsenal as EFL Cup win secures second trophy at Man United https://t.co/7b3dpghySd pic.twitter.com/5Uwicehful

Mirror Football (@MirrorFootball) February 26, 2017

9. Andreas Christensen

Pemain Denmark ini menyertai Chelsea dari akademi Brondby dan kemudian mencipta nama ketika dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach selama dua musim.

Selepas kembali ke skuad utama Chelsea, beliau berdepan dengan prestasi turun naik, namun masih berhasil mengumpul tiga kejuaraan iaitu Liga Europa (UEL), Piala FA dan Piala EFL.

????Happy Birthday To Andreas Christensen????????????????

?? @EuropaLeague ????
?? Danish Talent Of The Year: 2??0??1??5??
?? @borussia_en Player of the year: 2??0??1??5??-1??6??
?? @ChelseaFC Young Player Of the Year: 2??0??1??7??-1??8??#HappyBirthdayAndreasChristensen pic.twitter.com/SQPjFYPtJL

Subashish93 (@subashish93) April 9, 2020

8. Morten Gamst Pedersen

Agak mustahil peminat EPL tidak mengenali nama pemain sayap Norway ini. Pederson pernah mencipta sensasi sepanjang 10 tahun beraksi untuk Blackburn Rovers dengan aksi lincahnya di atas padang.

Pemain yang direkrut oleh Graeme Souness ini telah menjaringkan 44 gol dan menyumbang 64 bantuan jaringan dalam 343 perlawanan.

It's THROWBACK THURSDAY and today on "YOU REMEMBER?" We remember one of the best Left foots to grace the Premier League former Blackburn midfielder Morten Gamst Pedersen

A THREAD ???????? RTs appreciated ???????? pic.twitter.com/VnrZPRe6df

Football Fans Tribe ???????? ? (@FansTribeHQ) April 9, 2020

7. Thomas Gravesen

Legenda Everton, Tony Hibbert pernah berkata bahawa pemain paling berbakat yang pernah beraksi di sampingnya bukanlah Wayne Rooney, tetapi sebaliknya adalah Thomas Gravesen yang mempunyai kemahiran teknikal dan hantaran yang berkelas dunia.

Apa lagi bukti untuk membenarkan kenyataan tersebut melainkan penghijrahannya ke Real Madrid selepas hampir lima tahun menggegar EPL dengan aksi dan karekter liar bersama Everton.

Happy birthday, former @Everton midfielder Thomas Gravesen! #UEL pic.twitter.com/3Am0cJ3w5e

UEFA Europa League (@EuropaLeague) March 11, 2015

Beliau juga merupakan anggota skuad kendalian David Moyes yang membuat kejutan menamatkan sainga liga di kedudukan keempat pada musim 2004/05.

6. Christian Eriksen

Pemain dari Denmark ini merupakan produk akademi Ajax dan disambar Tottenham Hotspur pada 2013 dengan harga sekitar 11 juta. Namun impak yang dijelmakan di London pastinya jauh lebih berharga daripada nilai yang dibayar untuk mendapatkankannya.

Secara teknikalnya, pemain ini merupakan pemain nombor 10 terbaik dari negara Scandinavia yang beraksi di EPL. 69 gol dan 89 bantuan jaringan dari 305 penampilan telah pun membuktikan kenyataan tersebut.

Christian Eriksen: Has registered double figures for assists in each of the last four Premier League seasons He is the only player to achieve the feat in that time

2015/16 1?3?
2016/17 1?5?
2017/18 1?0?
2018/19 1?2?

For more player stats https://t.co/uKbjDPixvR pic.twitter.com/VIbRMkWidx

WhoScored.com (@WhoScored) August 7, 2019

Mungkin kerana kecewa gagal meraih sebarang kejuaraan sepanjang hampir tujuh tahun di Spurs, termasuk tewas kepada Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), beliau akhirnya memilih untuk mengangkat kaki dan berhijrah ke Inter Milan pada Januari 202o.

5. Kasper Shcmeichel

Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Adakah kejayaan anak kepada Peter Schmeichel ini meraih kejuaraan EPL bersama Leicester City selaku pasukan underdog tidak cukup untuk meletakkan penjaga gol Denmark ini dalam senarai?

Today might be your last chance to RT this:

Since Liverpool last won the league, Peter Schmeichel joined Man United, won it five times, retired, had a son and his son won it! ???? pic.twitter.com/Q0Ej5tV3z0

ESPN FC (@ESPNFC) June 25, 2020

Kegagalannya mendapat tempat di Manchester City mungkin menjadi hikmah untuk beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu di Stadium King Power untuk tempoh 10 tahun ini.

4. John Arne Riise

Peminat EPL mana yang boleh melupakan rembatan kencang hasil kekuatan kaki kiri yang dimiliki pemain bek kiri Liverpool ini?

Pemain Norway ini menyertai Liverpool dari Monaco pada 2001 pada membuat impak seawal penampilan pertamanya dengan menjaringkan gol untuk menewaskan Bayern Munich dalam saingan Piala Super UEFA.

Kejayaannya menjulang kejuaraan UCL, Piala FA dan Piala EFL meletakkan sebaris dengan legenda-legenda Liverpool yang lain.Gol menerusi sepakan percumanya ketika menentang Manchester United merupakan salah satu gol terbaik dalam sejarah EPL.

A REMINDER:

Riise goodness, gracious, me!

John Arne Riise (@JARiiseOfficial) scored this spectacular effort against Manchester United in a 3-1 Liverpool win in 2001.

What a strike!! ???????? #LIVMUN #LFC pic.twitter.com/1FxtkwPIRt

Football Remind (@FootballRemind) January 17, 2021

3. Freddie Ljungberg

Pemain ini pastinya dikenang sebagai salah satu pembelian terbaik Arsene Wenger yang dibawa masuk dari Halmstad pada 1998 dengan harga 3m.

Meskipun harga itu dianggap tinggi untuk seorang pemain berusia 21 tahun, pelaburan tersebut ternyata berbaloi dengan kejayaan yang diraih sepanjang sembilan tahun pemain antarabangsa Sweden itu di London.

Musim 2001/02 merupakan musim terbaiknya dengan menjaringkan 17 gol untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan EPL dan Piala FA. Gandingannya bersama Robert Pires di bahagian sayap merupakan mimpi ngeri buat pertahanan mana-mana pasukan.

Who is your hero? RT for Robert Pires! Favorite for Freddie Ljungberg? pic.twitter.com/yTS6TYcnip

kiyaawe flava (@Kiyaawe) January 16, 2014

2. Ole Gunnar Solskjaer

Jauh sebelum muncul nama Erling Haaland selaku penyerang berbisa ketika ini, Solskjaer telah pun meletakkan dirinya selaku penyerang dari Norway terbaik di Eropah dengan rekod-rekod kejuaraan yang dikumpulnya sepanjang 11 tahun di Manchester United.

Beliau tiba dari Molde dengan yuran perpindahan hanya sekitar 1.5 juta sahaja dan kemudian muncul selaku penjaring terbanyak United pada musim pertamanya. Secara keseluruhannya, beliau telah menjaringkan 126 dalam 365 penampilan untuk The Red Devils.

Solskjaer pernah menjaringkan empat gol ketika menentang Nottingham Forest sebagai pemain gantian pada 1999 dan kemudiannya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir UCL dalam musim yang sama.

ON THIS DAY: In 1999, Man United beat Bayern Munich with two late goals to lift the Champions League & achieve THE TREBLE!

90+1: Teddy Sheringham ??
90+3: Ole Gunnar Solskjaer ??

FA Cup ????
Premier League ????
Champions League ????#mufc pic.twitter.com/qFt1FN6w0a

The United Stand News (@NewsUnitedStand) May 26, 2020

Jika tidak kerana siri kecederaan yang membelengguinya, tentunya pemain ini mampu mencatat rekod yang lebih baik sebelum mengambil keputusan untuk menggantung but pada 2005.

1. Peter Schmeichel

Selepas Peter Schmeichel meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim 1998/99, Manchester United memerlukan enam tahun dan enam penjaga gol yang berbeza untuk mencari penjaga gol yang mampu menggantikan tempatnya.

Mark Bosnich, Massimo Taibi, Fabien Barthez, Tim Howard dan Roy Carroll semuanya tidak kena di mata Sir Alex Ferguson sehinggalah Edwin van der Sar tiba pada 2005.

Penjaga gol Denmark tersebut dibeli dari Brondby dengan nilai hanya 505,000 pada 1991 dan beraksi 310 perlawanan EPL dengan merekodkan 129 perlawanan tanpa bolos.

Merupakan kapten United ketika menjulang kejuaraan treble termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL), inilah sebabnya beliau diiktiraf sebagai pemain dari negara Scandinavia paling berjaya dalam sejarah EPL.

Peter Schmeichel at Man Utd:

???????????????????? Premier League
???????????????? FA Charity Shield
???????????? FA Cup
???? Football League Cup
???? UEFA Champions League
???? European Super Cup

All he did was win. pic.twitter.com/8QH1MP14xA

Goal (@goal) May 26, 2020

Penutup

Mungkin ada beberapa nama pemain lain yang berada di fikiran anda seperti Daniel Agger, Olof Melberg, Anders Svensson, Brede Hangeland, Sebastian Larsson, John Carew, Thomas Sorensen, Jesper Gronkjaer, Nicklas Bendtner dan ramai lagi.

Selain Odegaard, Ada beberapa pemain lain dari tiga negara Scandinavian ini yang masih aktif bermain di EPL seperti Victor Lindelof, Pierre-Emile Hojbjerg, Joshua King, Jannik Vertergaard, Sander Berge dan Robin Olsen.

Mampukah mereka mencatat nama seperti 10 pemain di atas?

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Rekod Arteta Dalam 50 Perlawanan Pertama Arsenal Jauh Lebih Teruk Dari Emery

Eddie Howe Calon Terbaik Kembalikan Kegemilangan Celtic Di Eropah



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...