EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari merangkul gelaran juara Terbuka Australia

0 month ago, 11-Jul-2019

Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari merangkul gelaran juara Terbuka Australia selepas bangkit daripada ketinggalan apabila kalah pada set pertama. Pertandingan tersebut berlangsung di Bega, New South Wales, Australia.

Gambar Hiasan | Robertus Pudyanto/Getty Images

Dalam acara perseorangan lelaki, Mohd Syafiq kecundang di perlawanan akhir, selepas tewas kepada pemain Perancis, Victor Crouin 8-11, 5-11, 4-11 dalam masa 22 minit.

Ia adalah gelaran yang ke-11 dalam siri JelajahPersatuan Skuasy Profesional (PSA) buat Sivasangari yang kini menghuni tempat ke-48 dunia.

S. Sivasangari mengalahkan pemain tempat ke-53 dunia dan merupakan wakil Jepun, Satomi Watanabe. Pemain yang berbakat ini memenangi USD12,000 (kira-kira RM49,600) di peringkat akhir, yang diadakan pada 7 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, ia bukan satu perlawanan yang mudah kerana Watanabe berjaya mengalahkan Sivasangari dalam perlawanan set pertama dengan 5-11.

Pemain berusia 20 tahun ini bangkit daripada kekalahan pada set pertama dengan memenangi set seterusnya dengan11-9, 11-9, 11-9. Perlawanan berlangsung dalam tempoh 39 minit.

Very grateful to be winning the Australian Open 2019 and also my 11th PSA title here in Bega! ????????? #slowlybutsurely #truththeprocess pic.twitter.com/DJxaLi8eDe

Sivasangari (@sangari_99) July 7, 2019

"Satomi bermula dengan garang, dan saya bergelut pada set pembukaan. Saya kemudian bermain dengan rali yang lebih panjang dalam set kedua dan hanya kekal positif. "

"Kami berkawan baik dan telah bertemu banyak kali dalam perlawanan ketika zaman junior kami. Dia sentiasa agresif dan bekerja keras, " kataSivasangari.

Sivasangari merupakan pemain negara ketiga yang berjaya memenangi gelaran kejuaraan Terbuka Australia sejak kejohanan itu bermula pada 1979, selepas bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David memenanginya pada 2011 dan 2012 serta Low Wee Wern pada tahun lepas.

Ia juga gelaran kedua buat Sivasangari, yang juga juara kebangsaan tahun ini selepas bergelar juara di Kejohanan Racquet Club Pro Series di Missouri awal tahun ini.

Sivasangari berasal dari Kedah yangmemenangi gelaran pertamanya di St Louis, Missouri pada April 2018. Dia bermain skuasy kolej untuk University of Cornell, Amerika Syarikat. Jurulatihnya adalah bekas juara dunia, David Palmer, yang mewakili Amerika Syarikat dalam semua pertandingan.

: New Straits Times

 

Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari merangkul gelaran juara Terbuka Australia Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com