EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pemain Pertahanan Ini Gembira Impian Kawal Lionel Messi Tercapai

0 month ago, 15-Sep-2020

Bagi majoriti pemain pertahanan, menjaga Lionel Messi mungkin bukanlah satu perkara yang dihendak dilakukan mereka ketika dalam perlawanan.

Menjaga pemain yang cukup lincah seperti Messi pastinya sukar kerana jika silap langkah, beliau akan pergi dan menjaringkan gol.

Namun itu tidak bagi pemain pertahanan Nastic de Tarragona iaitu Javi Rebelles.

Beliau yang berhadapan dengan Messi dalam sebuah aksi pertahanan mengatakan tugas mengawal pemain terbaik dunia itu adalah satu idaman buatnya.

Bercakap kepada media Sepanyol iaitu La Sexta, Rebelles mengatakan impiannya kini terlaksanan untuk menjaga bintang Argentina itu.

Ianya merupakan satu impian untuk menjaga beliau.

Saya memandang serius Messi dalam perlawanan terutamanya apabila beliau memperoleh bola dan berusaha untuk mengubah rentak perlawanan mengikut rentaknya.

Messi jelas menghadapi waktu yang sukar apabila berhadapan dengan Rebelles apabila pemain itu dilihat berang dengan tindakan Rebelles yang mengawal ketat pemain itu.

Apa yang kau buat ni, bodoh? Boleh tak kau berhenti sepak aku?, tanya Messi kepada Rebelles sewaktu perlawanan.

Kau adalah pemain terbaik, jadi aku tak boleh tinggalkan kau walaupun semeter, balas pertahanan itu kepada Messi.

Rebelles mengatakan beliau ada cuba mendapatkan jersi Messi selepas perlawanan namun hasrat itu dibatalkan kerana bimbang tonggak Barcelona itu marah kepadanya.

Sebaliknya, Rebelles hanya mendapatkan jersi Antoine Griezmann sahaja.

Dalam aksi persahabatan itu, Barcelona menang dengan jaringan 3-1.

Baca juga artikel kami mengenai Lionel Messi:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...