www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pemain bola dibunuh kejam gara-gara mesej prank

0 month ago, 08-Nov-2018


SEORANG pemain bola sepak ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong gara-gara menghantar mesej ‘prank’ kepada rakan-rakannya menerusi WhatsApp.




Mayat Daniel Correa ditemui di bandar Sao Joe dos Pinhais, Brazil pada Sabtu lalu.

Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.

Pemain berusia 24 tahun itu yang beraksi untuk Sao Paulo menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran Allana Brittes yang ke-18 tahun di sebuah kelab malam di Curitiba sebelum dia dibunuh.

Tiga hari kemudian, bapa kepada Allana, Edson Brittes Junior, 39, mengaku membunuh Correa dengan memberitahu polis pemain bola sepak itu cuba merogol isterinya Cristiana.


Image result for CorreaPada Isnin, tular gambar menunjukkan Correa di atas katil bersama dengan seorang wanita yang sedang tidur dipercayai isteri Brittes.

Gambar-gambar itu dihantar oleh Correa kepada rakan-rakannya di WhatsApp, kali terakhir dia dilihat sebelum dibunuh.

Polis berkata gambar itu diambil sekadar untuk suka-suka.

berkata Correa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum mayatnya disumbat di dalam bonet kereta dan dibawa ke kawasan hutan. – The Mirror




SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts