EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Peluang Zahid, Tok Mat bukti keabsahan sebagai Presiden, Timbalan UMNO

0 month ago, 24-Jan-2023

Sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan UMNO dibuka untuk dipertandingkan tahun ini,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan mempunyai peluang yang baik untuk membuktikan mereka mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti akar umbi untuk terus menerajui parti.

Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

Pun begitu ia tidak bermakna sudah ada pemimpin yang akan mencabar kedua-dua pemegang jawatan sedia ada.

“Membenarkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan bukan bermakna sudah ada Pemimpin yang akan mencabar ke dua2 pemegang jawatan sedia ada. Mungkin juga tiada yang ingin mencabar Presiden dan Timbalan Presiden dan ianya hanya bersifat spekulasi.

“Kalau mungkin ada yang ingin bertanding, ini peluang baik kepada YAB Datuk Seri Presiden untuk membuktikan beliau mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti dari ahli akar umbi untuk terus menerajui Parti. Seterusnya membolehkan beliau terus melakukan program tranformasi Parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa dari Ahli akar umbi. Beliau akan menjadi Presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang,” katanya.

Katanya walaupun ada cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.

Namun jelasnya UMNO seharusnya kembali kepada Peraturan dan Perlembagan Parti yang telah disusun baik berkaitan kaedah dan tempoh masa untuk pemilihan pelbagai jawatan disemua peringkat.

“Sebarang sekatan atau halangan untuk bertanding terutamanya jawatan tertinggi Parti hanya akan menafikan suara dan kemahuan Perwakilan akar umbi dalam membuat keputusan memilih Pemimpin yang dirasakan mampu untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat,” katanya.

“Barkan ahli akar umbi menentukan siapa yang layak memimpin Parti. Secara peribadi saya yakin ahli akar umbi sangat matang dalam membuat keputusan dan akan meletakkan kepentingan Parti mengatasi kemahuan Individu.

“Sebagai Ketua Bahagian saya juga perlu terbuka untuk menerima sesiapa juga yang ingin merebut jawatan yang saya sandang. Ini merupakan demokrasi yang dibenarkan dan semua pihak perlu menghormati proses ini.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Peluang Zahid, Tok Mat bukti keabsahan sebagai Presiden, Timbalan UMNO The Malaya Post.




SUMBER : themalayapost.my