EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Peluang Masih Ada Cuma Sukar

37 month ago, 11-Oct-2017

Hanya kemenangan sahaja dapat mencerahkan peluang skuad negara ke Piala Asia. Gambar FAM

Pertahanan tengah skuad negara, Shahrom Kalam berkata skuad negara ketika ini sedang berkabung atas kekalahan di tangan Hong Kong lapor Berita Harian!

Beliau mengakui para pemain ketika ini berada dalam situasi yang kurang baik kerana masing masing kecewa dengan kekalahan ke atas Hong Kong.

Walaupun sedar skuad negara tewas, Shahrom tetap berkeyakinan peluang untuk pasukan negara layak masih belum tertutup.

Beliau mengaku peluang itu ada namun sukar. Lubnan juga menewaskan Korea Utara semalam jadi peluang skuad negara masih terbuka.

Shahrom juga tidak mahu menuding jari kepada ketua pasukan, Safiq Rahim atas kekalahan skuad negara di tangan Hong Kong.

Safiq di layangkan kad merah pada minit 40 yang menyaksikan skuad negara sukar mencorakkan serangan selepas itu.

Buat masa ini semua pemain dalam keadaan tak berapa bagus, kami baru mengalami kekalahan tengah berkabung tengah sedih.

Memang agak sukar situasi ketika ini tapi peluang masih belum tertutup. Lubnan menang 5 gol dengan Korea Utara jadi peluang kami belum tertutup lagi tapi agak sukar.

Tapi kadang-kadang main 10 pemain ada juga kelebihan, positif dan negatif. Negatif kami kekurangan pemain, positif kalau kami dapat buat serangan balas pantas tapi Hong Kong dapat mengawal bahagian pertahanan dengan baik serta permainan tersusun yang membuatkan kami agak sukar, katanya ketika ditemui sebaik tiba di tanah air dari Hong Kong.

Berita Harian


SUMBER : 90minit.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...