EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pelepasan iOS 13 dan iPadOS versi rasmi di Malaysia bermula 20 September ini

0 month ago, 12-Sep-2019

Umum sedia maklum bahawa Apple telahpun melancarkan iOS 13 dan iPadOS pada bulan Jun yang lepas. Sekaligus iOS tidak lagi digunakan buat iPad kerana sudah digantikan dengan iPadOS. Juga turut telah melancarkan siri iPhone 11 dan iPad Generasi ke-7 bersaiz 10.2-inci pada 11 September yang lepas (waktu Malaysia).

Dan selama ini Apple telahpun melepaskan iOS 13 dan iPad versi Beta buat pembangun yang sememangnya ia bukanlah versi yang sesuai buat pengguna biasa memandangkan terdapat beberapa fungsi yang masih belum stabil dan pepijat.

Kini akhirnya Apple telah kongsikan tarikh rasmi pelepasan iOS 13 dan iPadOS buat semua pengguna iPhone dan iPad secara global. Untuk waktu di Malaysia, iOS 13 akan dilepaskan bermula 20 September ini. Manakala untuk iPadOS bermula 1 Oktober ini.

Antara iPhone yang menyokong iOS 13 :

  • iPhone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone SE

Untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, iOS 13 sudah sedia dipasang dalam iPhone. Jadi anda tidak perlu naiktaraf kepada iOS 13. Melainkan ada kemaskini kecil buat iOS 13.

iPad yang menyokong iPadOS :

  • iPad Pro 10.5-inci
  • iPad Pro 9.7-inci
  • iPad Pro 11-inci
  • iPad Air 2 iPad Air 3
  • iPad Gen-5
  • iPad Gen-6
  • iPad Mini 4

Memandangkan ini adalah kemaskini major, pengguna digalakkan :

  • Backup iPhone/iPad
  • Pastikan ada bateri yang penuh
  • Pastikan WiFi laju
  • Lebih selamat menggunakan iTunes
  • Elakkan kemaskini melalui iPhone kerana terdedah kepada pelbagai risiko seperti sangkut di logo Apple, kebarangkalian untuk kena ‘error’ dan berjangkit dengan pepijat

Pelepasan iOS 13 dan iPadOS versi rasmi di Malaysia bermula 20 September ini TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com