EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

0 month ago, 10-Feb-2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Beberapa bulan lepas menonton kisah perjalanan hidup Abam Bocey yang diceritakan sendiri oleh beliau. Bagaimana dari seorang pendiam sehingga boleh menjadi pelawak berjaya.

Paling terkesan di hati apabila ibu Abam memeluk dari belakang ketika Abam bercerita tentang ibunya. Ramai yang ada di setting menitiskan air mata.

Hari ini pasti ramai yang menitiskan air mata apabila mendapat berita mengejutkan Abam Bocey sudah tiada lagi.

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas, katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapipagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia, katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

: Gempak

????? ????? ?????? ??????? ??????????

Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau nama popularnya Abam dari kumpulan pelawak, Bocey, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi tadi.

??????????? ??????? ???? ??????????? ????????? ??????

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Sama-sama kita bacakan surah Al-Fatihah.

Salam takziah untuk keluarga Abam Bocey.

Al Fatihah


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...