www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pelancaran Tabung Kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs

0 month ago, 16-Mar-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tragedi pembunuhan menjelang solat Jumaat di dua masjid di New Zealand menghiris hati umat di seluruh dunia.

Kita ikut berdukacita dengan serangan kepada jemaah solat Jumaat di Masjid An Noor dan Linwood Masjid di Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019 bersamaan 8 Rejab 1440H, sehingga mengakibatkan 49 jemaah terbunuh dan 20 orang cedera serta empat warga Malaysia juga terkena tembakan rambang oleh Brenton Tarrant. Dua masjid juga terkena kesan tembakan.

Mari bersama kita hulurkan bantuan sebagai tanda kita bersama-sama dalam detik sedih ini, meringankan beban umat dan menyantuni dengan kasih sayang terutama kepada keluarga mangsa yang meninggal dan cedera serta masjid yang terjejas.

Sumbangan segera boleh disalurkan melalui:

TABUNG Sinar4NZ49Martyrs
MBB: 5642 7652 9068
SINAR KARANGKRAF SDN BHD

*** Slip/Tanda sumbangan, sila whatsapp ke hp 013-3124164

Moga dengan sumbangan ini menyampaikan rasa hati kita bahawa dunia peduli dan bersama-sama mereka. Semoga mereka segera bangkit dari tragedi ini. Semoga peristiwa ini bakal menjadi momentum besar untuk solidariti umat di seluruh dunia untuk terus bangkit menyebarkan Rahmah.

Keluarga Tarmizi menunjukkan gambar keluarga

Salam solidariti.

#Solidarity4NZ49Martyrs
#WorldOfCompasssion
#KitaKanIslam
#BuatKeranaAllah

Harap SHARE . Terima kasih




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts