EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pelakon Veteran, Noryati Taib Meninggal Dunia

0 month ago, 07-Apr-2021

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegramdisini!

Pelakon veteran yang terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Noryati Taib telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.45 pagi semalam.

Berita duka tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim melalui posting di akaun sosial Facebook miliknya.

Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi. Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman, ujar Faizul Hafiz.

Sementara itu, berita pemergian Noryati turut dikongsikan oleh anak saudara Allahyarham, penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, menerusi posting di akaun Instagramnya.

Difahamkan sebelum ini, Noryati pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2017 kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Allahyarham yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik itu terkenal dengan panggilan Mak Cik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...