EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pelakon Dan Pengarah Positif Dadah, Ditahan Di Kuala Kangsar Perak

0 month ago, 11-Oct-2021

Seorang pelakon lelaki dilaporkan telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah berlokasi di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Advertisement

Dalam serbuan tersebut, polis telah menemukan dadah dan disyaki terdapat aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang.

Turut ditahan bersama adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Polis gari : Google  

Serbuan tersebut dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil siasatan mendapati pelakon dan juga pengarah tersebut positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol setelah mereka diarahkan untuk melakukan ujian air kencing.

Advertisement

Manakala penolong pengarah yang turut sama ditahan didapati positif dadah jenis AMP dan Methamphetamine.

Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Pelakon Dan Pengarah Positif Dadah, Ditahan Di Kuala Kangsar Perak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...