EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PELAKON, PENGARAH, PENOLONG PENGARAH DIREMAN POSITIF DADAH

0 month ago, 11-Oct-2021

IPOH: Seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar direman dua hari selepas disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah inap desa di Chandan Putri, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pelakon berusia 28 tahun dan dua yang lain itu direman bermula Isnin.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira pukul 7.15 pagi yang dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar itu turut menemukan dadah bernilai RM270.

Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah jenis ‘kanabis’ seberat 1.15 gram dan 0.3 gram dalam bilik suspek pertama dan kedua manakala dadah jenis ‘methamphetamin’ seberat 0.38 gram ditemui di bilik ketiga.

Omar Bakhtiar berkata, siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dengan dadah.

Ujarnya, hasil saringan air kencing mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis ‘tetra hydrocannibol’ manakala penolong pengarah pula positif dadah jenis ‘amphetamine’ dan ‘methamphetamine’.

Ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. — AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...