EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pelakon Oktovia Manrose Sudah Bertudung Mahu Terus Istiqamah

0 month ago, 28-Aug-2021

Dalam diam-diam, pelakon cantik Oktovia Manrose, 29, sudah bertudung sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, kakak kepada Aprena Manrose ini memilih untuk tidak berk0ngsi atau menghebahkan hal berkenaan.

Sebenarnya saya jadi segan dan tidak terlalu terbuka untuk berk0ngsi hal ini. Saya buat ini kerana Allah Taala.

Ya, saya sudah bertudung. Cukup komen ringkas itu. Selebihnya saya harap terus istiqamah dalam kembara baru ini, katanya atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman.

Mengenai dunia lakonan, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata ini bersyukur segala tuntutan kerja seni sudah diselesaikan sebelum membulatkan tekad bertudung.

Semua kerja lakonan sudah saya selesaikan. Jadi tak ada hutang lakonan lagi. Kalau ada rezeki berlakon masuk selepas ini, saya tangguh dahulu keinginan itu. Saya percaya rezeki Allah ada di mana mana. Insya-Allah.

Saya kini nak fokus kepada ibadah mencari redha Allah. Saya nak beri tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Dunia akan datang kemudian.

Umpama sekarang ini, ialah Oktovia yang baru dan bukan yang dulu. Kalau ada rezeki dalam lakonan selepas ini, saya akan pertimbang watak yang bersesuaian dengan diri sekarang dan semoga ia dipermudahkan, katanya.

Anak kepada bekas penyanyi, Iwan Dangdut dan penerbit, Allahyrhamah Rosnah Mohd Noor ini kali terakhir membintangi drama Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Productions di Awesome TV.

Malah dia sempat mencabar diri membuktikan bakat dalam bidang nyanyian selepas lapan tahun bergelumang sebagai anak seni berkolaborasi dengan kumpulan Bimasakti menerusi projek single Biar Aku Simpan terbitan syarikat rakaman, Life Records. Lagu itu dilancarkan Mac lalu.

Apapun sama-sama doakan semoga Oktovia Manrose terus istiqamah.- dipetik dari MYKMU, MG, Instagram Oktovia Manrose

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...