www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pelakon kelahiran Ipoh, Michelle Yeoh sah bintangi filem Avatar 2

0 month ago, 17-Apr-2019


Nampaknya hasrat peminat filem Hollywood untuk menonton sekuel filem Avatar bakal tercapai apabila pengarah hebat, James Cameron akan menghasilkan filem tersebut tidak lama lagi.

Namun lebih membanggakan apabila aktres terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh membuat pengumuman bakal menjadi salah seorang pelakon dalam filem bergenre Fantasi/Sains Fiksyen itu.

Berita gembira tersebut diberitahu menerusi laman Instagram miliknya yang meluahkan perasaan teruja apabila dapat menjadi sebahagian daripada produksi Avatar.

Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada produksi Avatar dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan legenda James Cameron tidak lama lagi,tulisnya.

Menerusi posting berkenaan juga, pelakon berusia 56 tahun itu turut berkongsi pujian yang pernah diungkapkan oleh Cameron terhadapnya.

Sepanjang kariernya, Michelle selalu membawa watak-watak yang unik dan tidak dapat dilupakan..

Saya berharap dapat bekerjasama dengan Michelle untuk melakukan perkara yang sama di dalam sekuel Avatar,kata Cameron.

Difahamkan pemilik nama penuh Michelle Yeoh Choo-Kheng itu akan membawa watak sebagai seorang saintis bernama Dr Karina Mogue.

Sebelum ini, filem pertama Avatar ditayangkan pada 2009 dan dibintangi barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang dan Michelle Rodriguez.

: Michelle Yeoh

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts