EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pelajar universiti Hong Kong dilaporkan meninggal dunia ekoran kejadian tindakan ganas antara polis dan penunjuk perasaan

0 month ago, 10-Nov-2019

Kebelakangan ini kita dikhabarkan dengan kejadian protes di Hong Kong. Protes di Hong Kong bukanlah sesuatu yang baharu dan dilakukan dalam skala yang kecil malah ia dilakukan secara besar-besaran. Rakyat Hong Kong tanpa mengira umur, pekerjaan, kedudukan atau taraf pendidikan turun berhimpun di jalan menyuarakan hak mereka. Ramai yang mendakwa apa yang dilakukan oleh rakyat negara Hong Kong adalah kerana mahukan keadilan dalam hak asasi manusia. Mereka melakukan protes seolah-olah menjerit meminta tolong kepada dunia untuk membantu mereka dalam menangani isu yang berlaku di dalam negara demokrasi itu.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Jun lalu menyaksikan sekali lagi protes secara besar-besaran berlaku dan kali ini lebih parah kerana telah melibatkan kematian seorang pelajar. Kematian pelajar ini dikaitkan secara langsung dengan tindakan polis dalam protes kali itu.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Menurut media Hong Kong, Alex Chow Tsz-lok, 22, pelajar sains komputer di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST), meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung pada jam 8:09 pagi waktu tempatan pada 8 November. Keadaanya dikatakan mula kritikal apabila kecederaan di kepalanya menjadi parah sejak 3 November lalu apabila dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan keadaan yang berdarah di sebuah tempat letak kereta.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Menurut media Hong Kong, Chow telah jatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta di mana polis dilaporkan telah menembak gas pemedih mata sebagai tindak balas kepada penunjuk perasaan yang membuang botol dan batu-bata ke arah pegawai polis di bangunan itu. Namun, apa yang berlaku ke atas Chow masih kurang jelas kerana ketiadaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Kematian Chow mungkin berpotensi mencetuskan lebih banyak demonstrasi jalanan, kerana penunjuk perasaan tidak berpuas hati dengan tindakan ganas yang dilakukan oleh polis terhadap mereka.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Polis tempatan dituduh telah melengahkan rawatan kecemasan untuk Chow dengan menghalang jalan menuju ke tempat letak kereta sehingga mengakibatkan paramedik terpaksa berjalan ke lokasi kejadian. Pihak polis walau bagaimanapun telah menafikan tuduhan tersebut.

PHILIP FONG/AFP via Getty Images

Parti Civic yang merupakan pro-demokrasi berkata dalam satu pengumuman pada 8 November bahawa semua aktiviti kempen pada hari itu akan dibekukan sebagai tanda sedih atas kematian Chow. Hong Kong akan mengadakan pilihan raya memilih majlis daerah pada 24 November ini.

Joshua Wong, tokoh ikon dari 'Umbrella Movement 2014' dan setiausaha agung parti pro demokrasi Demosist?, juga telah menggunakanTwittermereka untuk menyatakan rasa sedih dan duka cita atas kehilangan seorang "pejuang kebebasan" di Hong Kong sejurus selepas mengetahui mengenai berita tersebut. Persatuan pelajar HKUST pula telah melakukan tafakur sempena mengingati Chow pada jam 1 petang waktu tempatan, 8 November.

Pemilikan Penunjuk Laser yang dianggap Kesalahan Jenayah

Pada 7 November, mahkamah Hong Kong telah mensabitkan seorang kanak-kanak berusia 16 tahun atas kesalahan memiliki senjata api di tempat awam, dan satu lagi tuntutan kerana memiliki instrumen yang dikatakan telah menyalahi undang-undang.

"Senjata" yang dimaksudkan ialah sekaki payung yang diubah suai dengan memiliki batang yang lebih panjang daripada biasa dan juga terdapat penunjuk laser pada payung tersebut.

Remaja itu ditahan berhampiran dengan stesen metro Tuen Mun pada 21 September lalu. Remaja tersebut dijadualkan akan dihukum pada 25 November kelak. Setiap pertuduhan akan membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda HK $ 5,000 atau sekitar RM 2600.

Kes ini merupakan kes yang kali pertama melibatkan seorang didakwa hanya kerana memiliki penunjuk laser dan ia dianggap sebagai kesalahan jenayah. Penunjuk perasaan Hong Kong dikatakan telah menggunakan penunjuk laser untuk menghasilkan cahaya langsung dengan tujuan bagi mengganggu operasi kamera litar tertutup serta operasi pihak polis ketika berlakunya protes.

Majistret So Wai-tak berhujah bahawa remaja itu tidak perlu membawa penunjuk laser atau alat perlindungan lain jika dia hanya berniat untuk menyuarakan pandangannya secara aman.

Menurut mediaThe Stand News, Ahli parlimen Parti Demokrat, James To telah menyatakan keprihatinan terhadap keputusan itu dengan mengatakan bahawa dakwaan tersebut merupakan sebuah dakwaan yang keterlaluan terhadap penunjuk perasaan di Hong Kong.

Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa berdasarkan logik So, orang yang memakai topi keledar juga boleh dituduh mempunyai "niat" untuk menggunakan topi keledar mereka untuk memukul orang.

Topeng muka, topi keledar dan payung telah menjadi barang penting yang sering dikaitkan dengan penunjuk perasaan terhadap kerajaan pro-Beijing yang berlangsung selama sebulan di Hong Kong.

Pelajar universiti Hong Kong dilaporkan meninggal dunia ekoran kejadian tindakan ganas antara polis dan penunjuk perasaan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...