EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pelajar tahfiz perlu kekal di asrama, teruskan pengajian

0 month ago, 27-Aug-2021

Pengerusi Lembaga Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (Aqsa), YB Ustaz Mohd. Yusni Mat Piah

BUKIT MERTAJAM: Pengajian secara online yang tidak sesuai dengan kaedah pembelajaran tahfiz menjadi penyumbang keciciran hampir separuh pelajar tahfiz di seluruh negara selain pelaksanaan tiga siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun lepas.

Pengerusi Lembaga Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (Aqsa), Mohd. Yusni Mat Piah berkata, ini kerana pengajian tahfiz secara amnya menuntut seseorang pelajar bersemuka dengan gurunya ketika menghafaz al-Quran.

Katanya, kegagalan berbuat demikian menyebabkan prestasi hafazan pelajar merosot dan kekuatan hafazan mereka juga menurun.

Sebelum ini, sasaran capaian kita mungkin dalam empat atau lima pelajar berjaya melengkapkan hafazan (sehingga 30 juzuk) dalam setahun.

Tapi, dalam tempoh PKP ini jumlah itu menurun. Kita sasarkan dalam tempoh setahun tujuh juzuk pun ada yang tak dapat capai. Kalau dapat tiga atau empat (juzuk) itu pun kira sudah tinggi, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berharap pelajar diberikan kebenaran untuk tinggal di pusat tahfiz sama seperti sekolah berasrama penuh yang lain jika keadaan mengizinkan.

Biarlah mereka tinggal di sana dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat. Biar terkurung di situ (sampai habis pengajian atau sehingga Covid-19 pulih).

Subjek lain mungkin kita boleh belajar secara online tapi tahfiz ni susah sikit sebab pukul 5 pagi memang dah kena bangun. Kalau kat rumah kita tak tahu macam mana (cara hidup), katanya.

Kesan dari segi kewangan pula, kata Mohd. Yusni, memang tidak dapat dielakkan buat masa ini kerana rata-rata pusat tahfiz di seluruh negara juga berdepan masalah yang sama.

Namun, kami (Aqsa), sama seperti pusat tahfiz lain di negeri ini bertuah kerana ada menerima bantuan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) selain dana yang dikumpul hasil kutipan yang dibuat di masjid-masjid serta laman media sosial sebelum ini, katanya. UTUSAN ONLINE

............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...