EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

20 pelajar & seorang guru di Cyberjaya dikesan positif Influenza A

0 month ago, 10-Jan-2020


Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dikesan positif Influenza A selepas mereka mengalami demam, batuk dan selesema.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, sehingga kini pelajar dan guru terbabit mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun, seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Dr Sha'ari berkata, jangkitan virus Influenza adalah bermusim dan hanya mengakibatkan demam selesema yang ringan pada individu biasa namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah. 

Sementara itu di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan kes Influenza A sebanyak 53 kes yang membabitkan 24 buah sekolah. Tetapi tiada arahan penutupan yang dikeluarkan setakat ini. 

Sekolah berkenaan terdiri daripada 20 sekolah erndah dan empat sekolah menengah dengan setiap satu hanya membabitkan seorang hingga tiga murid. 

Jangkitan Influenza A itu dikesan sejak Selasa lalu selepas ramai murid tahun dua tidak hadir. 

Justeru, murid, guru dan kakitangan sekolah dinasihatkan menggunakan pembersih tangan dan penutup muka jika terdapat pelajar yang positif Influenza A. 

Selain itu, ibu bapa tidak disarankan menghantar pelajar yang mempunyai simptom Influenza A ke sekolah. Sebaliknya dapatkan rawatan di klinik atau hospital. 

: Harian Metro

SUMBER : viralpurba.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...